Saturday, January 9, 2010

Kisah Ayam Pencen

Ayam pencen, ayam tua atau ayam telur adalah ayam yang diternak untuk mendapatkan telurnya. Bila ayam tersebut sudah tua dan tidak larat nak bertelur lagi, maka ayam tersebut akan menjadi santapan kita semua. Namun begitu nasib si ayam pencen agak beruntung sebab dapat hidup lama. Manakala ayam daging pula, kurang bernasib baik sebab mati dalam usia muda. Begitulah nasib si ayam....
Kak long teringat satu kejadian di sebuah majlis pertunangan jiran. Kak long menyertai rombongan pihak lelaki bertandang ke rumah perempuan. Keluarga pihak perempuan menghidangkan gulai ayam pencen serta masakan ala kampung. Memang terliur dan tak sabar untuk menikmati keenakan gulai ayam tersebut (kak long memang penggemar ayam pencen). Dah lama rasanya tidak dihidangkan dengan masakan ala kampung. Gulai nangka, masak lemak pucuk geti, sambal belacan dengan ulam-ulam kampung, peerrghh....semua enak-enak belaka(..kecur liur tak?).
Melihatkan gulai ayam kampung yang disediakan agak banyak, kak long ambil pula mangkuk lain untuk diisi dengan gulai ayam pencen sahaja(apalagi, kes nak meratah la!). Bukanlah nak makan sorang tapi untuk dikongsi dengan makcik-makcik yang duduk dikerusi bersebelahan (kes nak cover malu la ni...heh heh!). Kak long pun offer la kat makcik-makcik tu, makcik yang duduk di depan kak long capai seketul sayap ayam tatkala mangkuk gulai dihulur kepadanya.
Hidangan gulai ayam pencen hari tu, memang sedap. Tapi sayang seribu kali sayang(berlagu la pulak), ayam pencen yang dimasak tidak dilembutkan terlebih dahulu (mungkin kes nak cepat la kot!). Hah! Apalagi, bersilat la masing-masing mengerjakan ayam pencen yang liat tu. Terkehel kekiri, terkehel ke kanan..dalam usaha mendapatkan daging ayam tersebut. Ralat betul sebab tak dapat menikmati sepenuhnya kelazatan daging ayam tu.
Sedang kak long bertungkus lumus merobek daging ayam tu, tiba-tiba melayang seketul sayap ayam depan kak long. Nasib baik tak terkena muka! Terkedu sekejap! Ayam sape pulak yang melayang ni? Rupa-rupanya ayam makcik yang duduk di depan kak long tu. Dia cuba mematahkan sayap ayam tapi entah macamana (tersilap teknik kot), terpelanting ayam tu. Apalagi, tersipu-sipu la makcik tu menahan malu. Makcik-makcik lain bantai gelak la. Diorang pun dok terkial-kial merobek dan mematahkan ketulan daging ayam pencen yang liat tu sambil berkeluh kesah sebab keliatan ayam tu. Memang liat betul! Tapi kejadian tu tidak mematahkan semangat makcik tu untuk menghabiskan nasi di pinggan.
Begitulah penangan ayam pencen!
So, kepada penggemar ayam pencen macam kak long, dalam next posting kak long akan kongsikan beberapa petua yang biasa kak long amalkan apabila `berurusan' dengan ayam pencen. Bukan saja ayam pencen, daging lembu pun boleh dilembutkan dengan cara yang sama. Sekiranya bercadang menjemput rakan-rakan atau sedara mara bertandang ke rumah, hidangkan dengan masakan ayam pencen. Pasti tetamu akan memuji kelembutan daging ayam pencen tersebut (dan pastikan masakan mesti cukup rasa, barulah lazat!) Bukan saja lazat, harganya pun jauh lebih murah berbanding ayam daging. Lazat dan jimat!!

No comments:

Post a Comment