Friday, January 15, 2010

Bengang betul!!

Mean BENGANGNYA!!!

Tak dapat nak gambarkan betapa bengangnya bila rutin dalam hidup kita tidak dapat kita uruskan dengan sempurna. Terutamanya bagi suri-suri rumahtangga. Kena pulak dapat suami jenis yang tak berapa nak prihatin dengan masalah kita. Rasa nak hempas dan baling je benda-benda yang ada depan mata. Geram betul! Bayangkan lah bila berada dalam situasi begini..Siapa yang boleh sabar!

  1. Sinki dapur tersumbat....Setiap kali membasuh pinggan mangkuk, kena `PAUSE' dua tiga kali sebab air dalam sinki dah penuh . Paham-paham je la bila dah kena tunggu empat lima minit... nak sambung balik, mood pun hilang nak `settle'kan balance pinggan mangkuk dalam sinki tu.
  2. Tangki Air `overflow'....Dah berbulan-bulan masalah ni tak settle-settle lagi. Setiap hari kena buka/tutup meter air kat luar pagar rumah.
  3. Mesin basuh dah bengong....sekejap OK sekejap KO! Dah tak otomatik dah. Kena gi `belai-belai' dia..baru ok. Kadang-kadang air dah full, tapi tak start washing pun...membazir air je sebab tak perasan air dah penuh. Kena mengadap mesin tu pulak..godek-godek dia, baru nak wash...aduh tensionnya.

Pengaduan telah dibuat, tapi `pegawai incharge' take no action. Mentang-mentanglah dia tak perlu berdepan dengan semua tu. Dah berapa kali dah buat `pengaduan'. NO ACTION TAKEN AT ALL!

Mogok kang baru tau... Kicking Dirt








Thursday, January 14, 2010

Toy Museum






Have you ever been to the Largest Toys Museum In The World? Where you can find thousands of world cartoon character models from small to the size of a man. Kids just love it and never want to leave it!!
Do you know where the museum is? It is in Penang.
We make a family trip to the museum last November 2009. It was really a great fun!


Tuesday, January 12, 2010

Aku Rindu Sayangkan Mu

Salam sejahtera semua...bersua kembali disini.
Entah kenapa hati ini tiba-tiba teringatkan anak-anak buah di Dungun,Trengganu (sebelah hubby). Melihatkan wajah-wajah comel dan ceria mereka, membuatkan rasa rindu bertamu. Teringat gelagat dan keletah mereka melayani dan dilayani kak long. Yang paling merindui mereka, pastinya anak dara kak long yang berumur 10 tahun tu...Nur Amisha (yang berambut `togel' tidak bertudung).
Gambar: Amisha, Nisa, Adam, Awal, Hasif, Akim dan Aina.

Tengok la budak-budak tu, tengah sronok mandi laut di Pantai Teluk Bidara, Dungun Trengganu. Anak kak long si Amisha..terselit kat belakang sepupunya. Tak sempat nak posing. Dah lama tak jumpa diorang....Hasif, Nisa, Aina dan Akim..emmm rindunya!!! Diorang ni semua manja ngan kak long. Di Trengganu kak long dipanggil `MOKSU'. Setiap kali kak long ke Trengganu (balik kampung hubby), mesti diorang nak ikut ke mana-mana `moksunya' pegi. Selalunya tak dapat bawa semua naik kereta kecik kak long tu. Nanti la ye...satu hari nanti `moksu' beli MPV yang BESSSAARRRR PUNNYEEE!!! Barulah semua boleh naik.
Kali terakhir kak long ke Trengganu, masa raya puasa lepas. Dah lebih empat bulan ye! Lama dah tu! Walaupun ada banyak public holiday dalam cuti sekolah di bulan Disember lepas, tapi tak dapat balik ke Trengganu sebab kami ke Penang. Sambut raya haji bersama mak-mak menakan sebelah mak kak long.
Rindu betul rasanya berada di tepi Pantai Teluk Bidara yang sungguh indah permai. Memandang jauh ke laut dan merenung langit luas nan biru menggebu. Maha besar kurniaanMu ya Allah!! Begitu kerdil diri ini kurasakan. Terasa diri dan alam bersatu. Aku bersyukur padaMu. Aku Rindu Sayangkan Mu...
Rindu menatap biru lautmu
Rindu merenung luas langitmu
Rindu bernafas udara segarmu
Rindu bermain dengan ombakmu
Aduhai...rindduuunnyyaaaa......











Saturday, January 9, 2010

Petua II - Ayam Pencen

Petua kedua melembutkan ayam pencen ialah dengan menggunakan akar pokok pandan. Daun pandan kebiasaannya digunakan sebagai ejen pewangi dalam pelbagai masakan. Selain daun pandan, bahagian akar pokok pandan ada juga manfaatnya. Ok lah untuk petua kedua, kak long titipkan disini untuk makluman semua. Harap dapat membantu.
Hasil yang bakal diperolehi adalah sama seperti menggunakan kulit nenas. Cuma masaalahnya, mungkin agak sukar mendapatkan akar pokok pandan. Di pasar atau pasaraya hanya menjual daun pandan sahaja. Apakata sekiranya anda berpeluang pulang ke kampung, bawa pulang sedikit akar pokok pandan untuk kegunaan anda (simpan dalam peti ais, keringpun tak mengapa. Ia masih boleh digunakan).
Untuk seekor atau dua ekor ayam, dapatkan sejumlah akar pandan dalam anggaran segenggam, dibasuh bersih dan ditoskan. Sekiranya akar pandan tersebut agak panjang, bolehlah dipotong anggaran 3-5 inci. Masukkan akar pandan ke dalam masakan selepas proses menumis atau ketika memasukkan ayam ke dalam bahan tumisan. Masaklah seperti biasa. Lebihkan sedikit santan atau air yang digunakan supaya ayam betul-betul empuk. Biar kuah menutupi keseluruhan daging ayam untuk memastikan keseluruhan isi ayam empuk. Jangan lupa keluarkan akar tersebut semasa menghidang juadah.
Berbalik kepada petua pertama menggunakan kulit nenas, jangan dibuang lebihan kulit nenas yang digunakan sebagai medium pemerapan ayam tersebut. Kita boleh menyimpan lebihan kulit nenas tersebut untuk digunakan dimasa akan datang.
Caranya adalah seperti berikut:
  1. Basuh bersih lebihan kulit nenas, kemudian potong kecil.
  2. Kisar halus kulit nenas tadi dengan sedikit air.
  3. Kemudian tuangkan jus kulit nenas ke dalam acuan ais atau bekas-bekas kecil (ikut suka).
  4. Bekukan dalam freezer.
  5. Apabila hendak digunakan, keluarkan 3-4 ketul dan gaulkan bersama daging ayam pencen atau daging lembu.
  6. Perapkan selama satu jam, kemudian cuci bersih, toskan dan sedia untuk dimasak.

Petua Melembutkan Ayam Pencen

Kepada penggemar ayam tua atau ayam pencen, pasti bersetuju bila kak long katakan yang keunikan rasa dagingnya lebih enak dari rasa ayam daging. Untuk menghasilkan hidangan ayam pencen yang lembut dagingnya, kak long ingin berkongsi petua yang sering diamalkan.

Petua yang pertama ialah menggunakan kulit nenas. Buah nenas mengandungi sejenis enzim bromelain yang berfungsi mengurai serat-serat daging ayam tersebut sehingga ia menjadi lebih empuk dan lembut. Kulit nenas mengandungi peratus enzim bromelain yang lebih tinggi berbanding isi nenas. Jadi kita gunakan kulit nenas untuk melembutkan daging ayam pencen, manakala isi nenas boleh dimakan sebagai pencuci mulut atau dijadikan satu jenis hidangan seperti pincuk nenas, yang sesuai dimakan dengan nasi disamping hidangan ayam pencen (seperti yang kak long selalu buat untuk hidangan hubby tersayang). Bagi suri-suri di luar sana yang tidak pernah cuba memasak hidangan ayam pencen, bolehlah jadikan ia sebagai hidangan pada hujung minggu ni.

Cara-caranya:
  1. Kupaskan buah nenas, kumpulkan kulitnya.
  2. Kulit tersebut kemudian dihiris selebar 1/2cm atau 1cm.
  3. Gaulkan bersama daging ayam pencen yang telah dibasuh bersih.
  4. Perapkan selama tidak kurang 1 jam sehingga air dari kulit nenas menyerap ke dalam isi daging ayam tersebut.
  5. Asingkan hirisan kulit nenas yang diperap bersama daging ayam tadi, dan bilas sekali lagi daging ayam tersebut. Toskan.
  6. Sedia untuk dimasak apa saja hidangan yang anda suka.

Kisah Ayam Pencen

Ayam pencen, ayam tua atau ayam telur adalah ayam yang diternak untuk mendapatkan telurnya. Bila ayam tersebut sudah tua dan tidak larat nak bertelur lagi, maka ayam tersebut akan menjadi santapan kita semua. Namun begitu nasib si ayam pencen agak beruntung sebab dapat hidup lama. Manakala ayam daging pula, kurang bernasib baik sebab mati dalam usia muda. Begitulah nasib si ayam....
Kak long teringat satu kejadian di sebuah majlis pertunangan jiran. Kak long menyertai rombongan pihak lelaki bertandang ke rumah perempuan. Keluarga pihak perempuan menghidangkan gulai ayam pencen serta masakan ala kampung. Memang terliur dan tak sabar untuk menikmati keenakan gulai ayam tersebut (kak long memang penggemar ayam pencen). Dah lama rasanya tidak dihidangkan dengan masakan ala kampung. Gulai nangka, masak lemak pucuk geti, sambal belacan dengan ulam-ulam kampung, peerrghh....semua enak-enak belaka(..kecur liur tak?).
Melihatkan gulai ayam kampung yang disediakan agak banyak, kak long ambil pula mangkuk lain untuk diisi dengan gulai ayam pencen sahaja(apalagi, kes nak meratah la!). Bukanlah nak makan sorang tapi untuk dikongsi dengan makcik-makcik yang duduk dikerusi bersebelahan (kes nak cover malu la ni...heh heh!). Kak long pun offer la kat makcik-makcik tu, makcik yang duduk di depan kak long capai seketul sayap ayam tatkala mangkuk gulai dihulur kepadanya.
Hidangan gulai ayam pencen hari tu, memang sedap. Tapi sayang seribu kali sayang(berlagu la pulak), ayam pencen yang dimasak tidak dilembutkan terlebih dahulu (mungkin kes nak cepat la kot!). Hah! Apalagi, bersilat la masing-masing mengerjakan ayam pencen yang liat tu. Terkehel kekiri, terkehel ke kanan..dalam usaha mendapatkan daging ayam tersebut. Ralat betul sebab tak dapat menikmati sepenuhnya kelazatan daging ayam tu.
Sedang kak long bertungkus lumus merobek daging ayam tu, tiba-tiba melayang seketul sayap ayam depan kak long. Nasib baik tak terkena muka! Terkedu sekejap! Ayam sape pulak yang melayang ni? Rupa-rupanya ayam makcik yang duduk di depan kak long tu. Dia cuba mematahkan sayap ayam tapi entah macamana (tersilap teknik kot), terpelanting ayam tu. Apalagi, tersipu-sipu la makcik tu menahan malu. Makcik-makcik lain bantai gelak la. Diorang pun dok terkial-kial merobek dan mematahkan ketulan daging ayam pencen yang liat tu sambil berkeluh kesah sebab keliatan ayam tu. Memang liat betul! Tapi kejadian tu tidak mematahkan semangat makcik tu untuk menghabiskan nasi di pinggan.
Begitulah penangan ayam pencen!
So, kepada penggemar ayam pencen macam kak long, dalam next posting kak long akan kongsikan beberapa petua yang biasa kak long amalkan apabila `berurusan' dengan ayam pencen. Bukan saja ayam pencen, daging lembu pun boleh dilembutkan dengan cara yang sama. Sekiranya bercadang menjemput rakan-rakan atau sedara mara bertandang ke rumah, hidangkan dengan masakan ayam pencen. Pasti tetamu akan memuji kelembutan daging ayam pencen tersebut (dan pastikan masakan mesti cukup rasa, barulah lazat!) Bukan saja lazat, harganya pun jauh lebih murah berbanding ayam daging. Lazat dan jimat!!

Friday, January 8, 2010

Puding Sagu Kristal Hijau


Petang semalam kak long buat...sedaaapp sungguh! Sekali hadap, empat mangkuk kecil lenyap...hehe! Bagi mereka yang gemarkan pencuci mulut seumpama ini, pasti suka! Puding ni favourite mak kak long. Tak sempat bagi dia rasa, kak long sedekah kat jiran2 semalam. Tadi buat lagi, kali ni buat dalam mangkuk besar sikit...sluurrpp sluurrpp...nyaman sungguh! Mudah dan lazat...15 minit siap!
Bahan-bahan A:
1 cawan sagu biji (basuh dan toskan)
2 cawan air (boleh tambah jika perlu)
Air Gula Melaka:
150gm gula melaka
200ml air
Kuah Kastard:
1 sd makan tepung kastard
200ml santan (santan kotak)
secubit garam
Caranya:
Bahan-bahan A dikacau atas api sederhana sehingga likat dan butir-butir putih sagu hampir tidak kelihatan. Tutup api. Tuangkan ke dalam acuan.
Masak gula melaka dengan air hingga larut, tapis dan sejukkan dalam peti ais. Kacau sebati tepung kastard dan santan serta secubit garam (Kalau nak kurangkan santan, lebihkan air..untuk kesihatan!). Pastikan tepung kastard larut supaya tidak bergentel. Kemudian kacau di atas api kecil hingga pekat (kepekatan kuah terpulang kepada anda, boleh tambah air jika perlu).
Tuangkan kuah kastard ke atas sagu tadi dan sejukkan dalam peti ais. Bila nak makan, baru tuangkan air gula melaka.